Rahsia perniagaan dalam talian yang menguntungkan

‘Perniagaan Dalam Talian’

Ramai yang kata bisnes online ini susah.

Betul ker?   Cuba lihat dulu angka kat bawah ini.

53,285 Perniagaan Online Setakat Julai 2017

 

Woha!

 

Itu baru angka yang didaftarkan oleh ssm.

 

Nampaknya perniagaan dalam talian ini memang menjadi tumpuan ramai.

 

Apa itu perniagaan dalam talian?

 

Perniagaan elektronik (e-niaga) atau perniagaan Dalam Talian adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT.

Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional.

 

Perniagaan dalam talian adalah perniagaan yang mudah.

 

Sebab kita hanya berurusan menggunakan gajet terkini seperti komputer riba ataupun telefon pintar.

 

Ini adalah contoh perniagaan yang menguntungkan.

 

Kalau tidak ada modal?

 

Kita boleh mula dengan perniagaan modal kecil terlebih dahulu.

 

 

Kenapa nak memulakan perniagaan?

 

Korang still buat close sale pakai whatsapp?

Memang lambat lagilah nak dapat sales RM1 juta tu.

 

Kita boleh ambil contoh mudah adalah kedai maya yang paling banyak orang datang adalah Lazada, 11Street, Mudah.my

 

Agak-agak anda.

 

 

Berapa total sales dia setiap bulan?      

 

 

Saya anggarkan dalam ratusan ribu ataupun lebih.

 

Itu anggaran  kasar saya sahaja.

             

 

Sebab itu ramai yang sanggup buat 2 kerja dalam satu masa.

Perniagaan dalam talian telah banyak membantu mereka yang susah semasa ekonomi yang tak stabil sekarang ini.

 

 

Betul ker boleh membantu?

                                                                      

 

Takkan tak ingat.Saya pernah sebut pada awal-awal tadi.

 

Bahawa ada lebih kurang 53,285 Perniagaan Online sehingga julai 2017.

 

Itu baru yang didaftarkan.Tidak termasuk lagi yang buat bisnes secara dropship dan ejen.

 

Nak cakapnya,ramai gila yang buat perniagaan online ini.

 

Anda bila lagi anda nak mulakan?

 

 

Definisi Membeli-belah dalam talian

 

Membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk

membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet.

 

Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang,atau

Kedai maya.

 

Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke perniagaan(B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

 

 

Zaman perniagaan dari rumah.

 

Jiran anda sebelah rumah,budak sekolah menengah,mak cik depan hatta cikgu yang ada pekerjaan tetap pun sudah memulakan perniagaan dalam talian ini.

 

Malah,ada seorang cikgu yang saya kenal pernah buat sales sehingga 1 juta.

Konsisten 4 angka setiap bulan sales dia.

 

Woah!

Fuh,memang besar peluang perniagaan di rumah ini.

 

Baik anda teruskan membaca artikel ini.

 

 

Jenis Perniagaan Online

 

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu produk fizikal dan produk digital.

 

1) Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Kasut

2) Produk Digital

  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual video-video tutorial

 

Yang mana paling untung?

 

Susah nak cakap,sebab ianya masih bergantung kepada penjual itu sendiri.

 

Kalau penjual rajin dan pandai cari customer.

Banyaklah dia punya untung.Hehehe.

 

Peluang Perniagaan Online Di Rumah

Bisnes online boleh berjalan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

 

Malah anda boleh set and forget jer dengan bisnes online ini.

 

Pelanggan tidak lagi membeli-belah pada waktu siang.

 

Malah,pada waktu tengah malam pun masih buat pembelian kerana terlalu sibuk.

 

Inilah satu peluang besar buat anda yang buat perniagaan online ini.

 

Dengan menggunakan kemudahan system tempahan yang ada pada zaman sekarang ini.

 

Anda tidak lagi khuatir akan isu penipuan barangan.

 

Dan part paling best dapat jimatkan masa anda,

dari layan drama  korea yang tak berfaedah tu.~eh

 

Namun,jika anda masih sayang akan pekerjaan tetap anda

 

Anda masih boleh menguruskan perniagaan dalam talian ini selepas waktu kerja.

Contohnya,pada waktu malam atau pada hujung minggu.

.

 

 

Kelebihan Perniagaan  dalam talian

 

1. Modal yang Fleksibel

Jika anda masih lagi kekurangan modal atau risau duit anda tidak mendapat pulangan.

Anda boleh bermula dengan apa yang ada pada diri anda dahulu.

 

Jika anda mampu topup telefon dan gemar aktif di media sosial.

 

Mulakan lah dulu dengan menjadi dropship atau ejen apa jua jenis barangan yang mudah untuk dijual.

 

Anda boleh promosikan barangan tadi melalui medium yang percuma seperti blog.

 

2.Pelanggan yang Ramai

 

Pelanggan anda bukan hanya tertumpu kepada kawasan Damansara sahaja jika anda menetap disitu.

 

Boleh jadi pelanggan anda datang dari Brazil,Australia mahupun Afrika Selatan.

 

Jadi,jangan risau tentang customer  membeli atau tidak.

 

Yang perlu kita risau adalah jika kita tidak mampu memberikan apa yang customer mahukan.

3.Bebas Untuk dijalankan

 

Dalam perniagaan online.tidak ada garis panduan yang spesifik untuk anda jalankan perniagaan pada waktu bila.

 

Anda sendiri yang pilih untuk jalankan perniagaan anda pada waktu yang anda suka.

 

Tempat yang tidak tetap juga memudahkan anda untuk menguruskan bisnes online anda walaupun sedang bercuti di luar Negara.

 

Masa dan tempat yang fleksibel memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan ini.

 

Cara memulakan perniagaan online

 

1.Mulakan dengan menuntut ilmu

Anda boleh mulakan dengan menuntut ilmu daripada orang yang sudah Berjaya dalam perniagaan dalam talian

 

 

2.Berani mengambil risiko

Bila sudah sampai satu masa anda perlu melabur dengan modal yang besar.

 

Saat itu anda perlulah bijak menggunakan peluang yang ada.

 

Sama ada untuk memajukan perniagaan anda atau kekal di takuk yang lama.

 

 

3.Gunakan kemajuan media sosial.

 

Facebook.

Instagram

Blog.

YouTube.

Email.

 

4.Daftarkan bisnes online anda.

Mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Pensijilan SSM Biztrust yang dikeluarkan Suruhajaya Syarikat Malaysia mampu meningkatkan keyakinan pelanggan  terhadap perniagaan online anda.

 

SSM ini bertujuan mengekang aktiviti penipuan pihak tidak bertanggung-jawab di dalam talian.

 

 

Kesimpulan

Menjalankan perniagaan dalam talian sentiasa memberikan kita peluang baru untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

 

Jadi,jangan berputus asa jika perniagaan anda gagal pada peringkat awal.

 

Teruskan berusaha sehingga berjaya.

 

Anda juga boleh baca disini contoh kerja dari rumah yang seronok untuk dilakukan.

 

Sekian dari saya.

Jumpa lagi.

Leave a Comment