HERO NEWBIE

Helping You Become Better Than Others

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kerja sambilan di rumah didakwa  mudah dan tak perlukan banyak modal.Rata-rata yang saya jumpa turut memberikan maklum balas dengan menyokong dakwaan ini.

Baiklah, kali ini saya akan bongkarkan mitos kerja sambilan di rumah tanpa modal sama ada ia benar atau tidak?

Saya bimbang salah faham ini jika tidak diperhalusi akan menyebabkan ramai di kalangan kita tersilap langkah dan membawa kepada kerugian yang besar.

 

Fakta tentang Kerja sambilan di rumah

 

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup.

Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang

kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja

bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

 

sibuk-bekerja
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
Foto Kredit: http://waspada.co.id/

 

Tak dapat dinafikan bahawa kerja sambilan di rumah membolehkan kita bekerja di samping orang yang tersayang.

Tambahan pula,khususnya golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil pastinya menjadikan kerja sambilan di rumah sebagai alternatif sumber pendapatan mereka.

Dalam masa yang sama memberikan sepenuh perhatian dalam membesarkan anak.

 

Mari kita perhatikan dulu apa yang menarik tentang kerja sambilan di rumah :

 

  1. Masa bersama keluarga yang banyak.
  2. Anda bebas untuk bekerja pada bila-bila masa yang anda suka
  3. Anda bebas untuk menetapkan gaji anda sendiri (ikut kerja yang anda buat lah)
  4. Memulakan kerja sambilan menggunakan modal yang rendah (ada juga yang anda boleh bermula tanpa modal walau satu sen pun)
  5. Duit masuk meskipun anda sedang cuti.
  6. Kita boleh jadikan dia automatic sehingga 80%.Just set and forget!

 

Macam mana?

Anda masih tak percaya ini sahaja sebab utama ramai rakyat malaysia yang berhenti kerja dan sanggup buat kerja sambilan?

 

Jom,kita lihat dulu apa jenis kerja sambilan yang diorang buat.

Contoh kerja sambilan di rumah tanpa modal yang menguntungkan

 

Baiklah,jika tadi saya dah ulas fakta mengenai kerja sambilan .

 

Kali ini, saya mahu anda lihat sendiri senarai pendek contoh kerja sambilan di rumah yang mampu menjana pendapatan anda sehingga 4 angka.

 

Saya tak nak ulas panjang dalam artikel kali ini.Namun anda boleh tekan disetiap link yang saya berikan untuk mendapatkan gambaran penuh.

 

 

  1. Affliate
  2. Servis Bina Website
  3. Designer
  4. Dropship
  5. Buat bisnes Ebook

 

 “Habis tu ,yang mana paling banyak untung?”

 

Saya dah agak persoalan ini pastinya akan bermain difikiran anda bukan?

Perlu saya ingatkan yang tak kira walau apa jua bidang yang anda ceburi.

 

Hard working is always important!

 

Eh,tercakap omputeh pulak.

 

So, apa kaitannya kerja sambilan di rumah dengan kerja keras?

 

Anda bayangkan jika anda sudah bekerja selama 12 jam sehari.Pasti yang anda harapkan adalah gaji yang setimpal dengan beban kerja yang terpaksa anda tanggung.

 

Buat OT (over time) hampir setiap minggu namun taraf gaji anda masih sama?

 

Inilah perkara sedih yang ramai orang terpaksa hadapi.

 

Betul tak?

 

Ya! Inilah realiti yang ramai orang terpaksa hadapi termasuklah saya.

Namun,semenjak saya buat kerja sambilan.Saya tak perlu risau akan masalah gaji kerana saya sekarang adalah Big Boss bagi pekerjaan yang saya buat.

 

Kalau saya rajin buat kerja,banyaklah juga hasilnya 😉

 

Jadi,inilah kaitan yang saya katakan tadi.

 

Hard working is always important!

Kalau anda suka kerja sambilan sambil goyang kaki.

 

Ini mungkin jawapannya.

 

kerja sambilan di rumah goyang kaki
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest

 

Kisah Bisnes Online Yang Hancur

 

Kisah ini adalah kisah dari seorang kawan saya yang memulakan bisnes online yang kononnya boleh menjana ribuan ringgit.

 

Ceritanya bermula begini.

 

Kawan saya itu bernama Ahmad (nama samaran).Dia telah ceburi dalam satu bidang bisnes online dan melabur ratusan ringgit.

 

Namun,kerana kejahilan dia yang terlalu yakin dan tidak buat apa untuk majukan bisnes.

 

Akhirnya,dia kerugian besar.Modal pun tak dapat pulangan balik.

 

Namun,nasib dia berubah bila dia terjumpa satu panduan bagaimana memulakan kerja sambilan di rumah

 

Anda nak tahu apa jadi dengan dia?

 

Dia Berjaya menjana sales 3 angka (bukan untung yea) dalam masa 48 jam.Hanya berpandukan artikel yang dijumpa tadi.

 

Anda nak jadi macam dia?

 

Teruskan membaca.

 

Mitos vs Fakta kerja sambilan di rumah

 

Kita sudah masuk kepada penutup bagi artikel kali ini. Sebenarnya menjalankan kerja sambilan di rumah tanpa modal ini bukanlah mitos!

Jika anda gemar menggunakan media sosial.Pastinya kerja dropship sesuai untuk anda sebagai permulaan.

Namun,jika anda gemar menulis .Anda boleh jadikan bisnes ebook sebagai sumber pendapatan anda.

Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini melainkan sikap suka berputus asa.

 

Fakta bagi kerja sambilan ini adalah anda perlukan ilmu yang betul dan cukup untuk berjaya.Ramai yang tersadai di tengah jalan adalah kerana hanya membuta-tuli dalam menjalankan kerja sambilan ini.

 

Anda boleh baca di sini untuk dapatkan cara betul bagaimana bisnes online ini dijalankan.

 

Artikel ini bertujuan memberikan info semata-mata dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Semoga anda mendapat sedikit input berguna dari artikel ringkas ini.

 

 

 

 

7 thoughts on “Kerja Sambilan Di Rumah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

  1. memang mitos la kerja sambilan tanpa modal…

    paling kurang pun modal masa dan modal keringat..

    p/s: tahniah bro berjaya selesaikan task pertama..

    keep it up.

    • Betul.saya setuju.

      Cuma kali ini saya lebih fokus kepada kerja sambilan tanpa modal kewangan.

      p/s : terima kasih tuan hanafi sebab sudi singgah dekat blog marhaen ni. 😉

Leave a Comment

Pin It on Pinterest