4 Cara Bisnes Online Buat Duit Yang Menguntungkan

bisnes-online

Ramai yang suka mulakan bisnes online

namun ramai juga yang tak tahu cara memulakan bisnes online

yang sangat menguntungkan!

 

Pada hari ini saya akan bongkarkan 7 cara yang mudah ,cepat dan boleh

anda apply sejurus habis membaca artikel pada kali ini.

 

Tapi,sebelum mula.

 

Saya suka ingatkan kepada diri saya sebelum memulakan sesuatu.

 

Apa niat kita buat bisnes online?

 

Adakah sekadar nak jadi kaya ?

Adakah sekadar buat pendapatan sampingan?

Atau hanya mengikut trend semasa?

 

Sebab nanti bila rasa susah atau rasa nak give up bila nak buat bisnes online.

Cuba ingatkan semula sebab apa kita memulakan bisesn ini dahulu.

 

Jangan rasa down pulak yea,

saya hanya mengingatkan sahaja. 😉

 

 

Langkah 1 : Tuntut Ilmu Bisnes Online

Part ini yang ramai orang skip dan buat endah tak endah sahaja.Sedangkan ini adalah bahagian  yang paling penting.

 

Kenapa pulak?

 

Kalau kita lihat hari ini pun,berapa ramai jer yang betul-betul Berjaya?

 

Sebab ramai yang tak mahu belajar sebab ego kononya sudah tahu segala perkara.

 

Contohnya,

Setakat Pergi update status di Fb.

 

“Sis,ada jual kasut ori.Sapa yang berkenan bolehlah beli dengan sis”

 

Harapan tinggi menggunung dengan membayangkan membuat sales semudah itu.

 

Malah,Bonus yang diberikan tidak sesuai dan tidak masuk akal

 

“Sapa yang beli hari ini,sis akan bagi freegit iphone X”

 

Hahaha…

 

Ini namanya,bukan menambah pendapatan.

 

Tapi,menampakkan kebodohan anda sahaja.Maaf kerana terkasar bahasa

 

 Belajar itu penting tau!

 

Langkah 2 : Produk Yang Sesuai Dengan Anda

 

Pemilihan produk yang mudah untuk anda jual juga amatlah penting dalam membuat bisnes online.

 

Ya, ker?

 

Contohnya,anda seorang yang pemalu dan tak suka untuk bersemuka dengan orang lain?

 

Mudah jer bila buat bisnes online ini.

 

Anda boleh mulakan dengan memilih secara dropship terlebih dahulu.

 

Kenapa dropship?

 

Saya akan senaraikan sebab utamannya disini.

 

1.Anda tak perlukan modal untuk mula.

 

2.anda tak perlu pegang stok!

 

3.Anda boleh promote pada bila-bila masa

 

4.Anda hanya perlukan internet

 

5.keuntungan sehingga 10-20%

 

 

Macam mana nak  buat?

 

1.Cari pembekal di mudah.my,lazada,11street ataupun di taobao

pembekal-produk

2.Beritahu mereka yang anda berminat nak menjadi ejen.

 

3.Dapatkan segala panduan dari pihak syarikat.

 

4.Mulakan promosi

 

laman-sosial

5.Anda boleh bermula dengan sebarkan di instagram,facebook,twitter,ataupun di group whatsapp

 

6.Jana duit.

 but-duit-online

Mudah Bukan?

 

 

3.Gunakan kepakaran yang anda sedia ada.

 

Baiklah,saya bagi contoh yang mudah seperti ini.

 

Katakanlah,anda boleh buat cupcake pada hujung minggu.

 

Ramai-ramai pulak rakan anda yang puji ,betapa sedapnya  cupcake yang anda buat.

 

Anda boleh mula promote cupcake anda melalui rakan-rakan anda sahaja terlebih dahulu.

 jual-cupcake

Anda boleh jual sebijik cupcake dengan harga awal RM2.00 dengan kadar untung 20%.

 

Sikit nyer?

 

Dalam bisnes online anda jangan risau akan kadar untung anda.Tapi anda hanya perlu cari repeated buyers.

 

Kalau 10 orang beli x 20 cupcake = 200 cupcake.

Anda boleh jana Rm80

 

Tapi,cuba anda bayangkan kalau 10 customer tadi jadi repeated buyers anda dengan membeli cupcake anda pada setiap minggu.

 

Anda untung RM320 setiap bulan untuk duit sampingan anda.

 contoh-iklan

Iklan?

 

Seriyesly,tak perlu pun.

 power-of-mouth

Gunakan concept ‘The power of Mouth’

 

Perkara ini yang tak ramai orang dah berjaya share dengan anda.

 

Tapi saya bongkarkan disini.

 

Beruntunglah anda yang sedang membaca ini.

Hehehe.

 

Teruskan membaca yea.

 

Anda gunakan kawan anda sebagai medium iklan

yang paling VIRAL dan PROVEN.

 

Malah, jadikan anda seorang yang pakar dalam sesuatu perkara.

 

“Kalau kau nak beli cupcake.Kau kena beli dengan siti.Dia buat sedap tau”

 

 

4.Berani mengambil risiko

 

Ini pun salah satu faktor yang ramai usahawan terlepas pandang.

Kalau anda mempunyai modal ynag mencukupi untuk mengembangkan perniagaan atas talian anda.

 

Jangan bertangguh!

 

Mulakan dengan belajar teknik yang betul daripada pakar yang mempunyai banyak ilmu.

 

Selepas itu,anda boleh mulakan dengan teknik branding ,marketing dan buat iklan yang sesuai dengan niche yang anda jual.

 

Barulah perniagaan anda tidak menjadi huru-hara.

 

Kesimpulan

Memulakan bisnes online memang mampu menambah pendapatan sampingan.

 

Rata-rata yang terlibat dengan bisnes online ini akan merubah hidup mereka lebih maju  daripada  anda yang sedang makan gaji.

 

Jika anda masih rasa was-was.

 

Anda boleh mulakan dengan membaca artikel dibawah ini.

Rahsia perniagaan dalam talian yang menguntungkan

 

Anda ada belajar sesuatu?

Mohon kongsikan dengan rakan anda.

 

p/s:Saya sangat suka jika anda dapat tulis di ruang komen,pendapat anda tentang artikel kali ini.

 

 

5 thoughts on “4 Cara Bisnes Online Buat Duit Yang Menguntungkan

  1. Bila buat bisnes nak kena buat marketing juga.

    Tak kisah bisnes online ataupun bisnes offline.

    Kalau tak buat marketing, tak ada orang tahu tentang produk dan servis yang kita tawarkan.

Leave a Comment