5 Strategi Lengkap Pukau pelanggan

5 Strategi Lengkap – Pukau pelanggan supaya membeli dengan anda

Hanya ada satu perkara sahaja yang anda perlu tekankan dalam strategi memukau iaitu ketahui apa yang boleh membuatkan pelanggan anda untuk bertindak.

 

Dalam strategi pemasaran emel, anda tidak  boleh berkata-kata secara berhadapan, maka anda tidak boleh untuk mengetahui dengan jelas apa yang pelanggan anda mahu.

 

Untuk itu, anda perlu bersedia dari segi semua aspek ketika anda menulis emel untuk memastikan anda mampu memujuk seramai mungkin subcriber untuk membeli dari anda.

 

Apa yang membuatkan subcriber anda untuk bertindak?

 

Ia bukanlah soalan yang mudah untuk di jawab. Malah, ia adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab oleh IM yang berpengalaman termasuklah seorang copywriter. Hanya ada satu cara sahaja untuk menguji perkara apa yang mampu membuatkan subcriber anda untuk bertindak, perkara tersebut adalah terus mencuba.

 

Terus mencuba adalah permulaan karier hebat seorang copywriter. Anda perlu terus mencuba untuk mengetahui apa yang boleh memperngaruhi subscriber anda untuk bertindak?

 

Apa yang boleh membuatkan emosi mereka tidak stabil dan menganggap diri mereka terdesak untuk membeli sesuatu dari anda? Apa yang boleh membuatkan subscriber anda untuk membeli atas rasa hormat pada anda? Dan bermacam-macam persoalan yang lain.

 

Untuk mempengaruhi subscriber anda melakukan tindakan, anda perlu pandai bermain psikologi. Anda perlu kenal pasti dengan tepat, apa yang pelanggan anda mahu dan apa kelebihan yang ada pada produk yang anda jual.

 

Satukan kehendak pelanggan anda dan kelebihan yang ada pada produk anda. Kemudian anda bentuk emel memukau yang dapat menghuraikan kesimpulan di atas untuk memikat pembaca emel anda. Kehendak, peluang dan keperluan adalah antara sifat keinginan yang perlu anda permainkan dalam menulis emel memukau.

 

Rangka emel adalah terdiri dari tajuk, bahagian pengenalan, isi dan penutup. Tajuk emel perlulah menarik supaya subscriber anda membuka dan mambaca emel yang anda tulis.

 

Pemasaran emel tidak wujud jika emel yang anda hantar tidak dibuka oleh subscriber anda. Tidak berguna jika anda memiliki beribu-ribu senarai emel, jika yang membukanya hanya terdiri dari beberapa orang sahaja.

 

Selepas subscriber anda membuka emel yang anda hantar, anda perlu pastikan pembaca emel anda itu untuk terus membaca. Maka, ayat pengenalan yang menarik perlulah diambil kira. Kemudian, anda perlu bermain emosi dengan subscriber anda supaya mereka terus membaca sehingga habis.

 

Pemasaran emel memang nampak mudah, tetapi ia sebenarnya sukar. Tambahan lagi, pengguna internet kian sedar akan teknik promosi yang dilakukan oleh Internet Marketer dan mereka mungkin tidak akan terpengaruh dengan promosi yang anda lakukan. Untuk itu, anda perlu menjadi lain dari yang lain. Anda perlu pukau pembaca emel anda.

 

 

 

 

5 Strategi yang perlu anda sebelum memukau pelanggan anda melalui Email Marketing

 

  1. Tarik subscriber anda untuk membuka emel yang anda hantar melalui pemilihan tajuk yang menarik.
  2. Tulis ayat permulaan yang memikat.
  3. Nyatakan isi emel dengan jelas dan telus tanpa ada apa-apa perkara tersembunyi.
  4. Tutup emel dengan penuh emosi.
  5. Gunakan p/s untuk kesan maksimum.

JANGAN LUPA SHARE ;)

Free Video Training​

‘Cara Jana 100 lead dalam masa 48 jam’

Free  Checklist + Video Training

*Untuk Orang Yang Buat Bisnes sahaja

Leave a Comment