5 Cara mula menjual di ebay

Bagi mereka yang menghadapi kekangan modal untuk memulakan bisnes dengan menggunakan platform di ebay, disini akan diterangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan dengan modal yang paling minima. Ada sesetengah kes tanpa modal langsung. Ianya bergantung kepada sumber yang anda sedia ada miliki.

Langkah pertama

Perlu mempunyai debit kad ataupun kredit kad. Pastikan mempunyai baki RM50 keatas. Sebelum membuka akaun ebay call bank pengeluar kad debit dan meminta mereka membuka sekatan “international purchase”. Sekiranya anda sememangnya sudah ada kad debit dan baki RM50, tiada modal lagi yang diperlukan.

Langkah kedua

Membuka akaun ebay. Ebay adalah platform untuk menjual barang.Ianya mudah seperti membuka akaun gmail. Kemudian buka akaun PayPal. PayPal digunakan untuk menerima pembayaran.

Anda akan mendapat emel daripada PayPal sekiranya jualan berjaya dilakukan. Contoh emel adalah seperti dibawah

Ada satu sindrom jika anda baru bermula buat bisnes di ebay iaitu sindrom periksa emel. Ramai yang mengalami sindrom ini untuk periksa samada ada order ataupun tidak. Bangun tidur anda akan periksa ada order ataupun tidak.

Langkah Ketiga

Buat market research barang apa yang hendak dijual. Anda boleh gunakan platform ebay sendiri untuk mencari barang apa yang boleh dijual. Boleh menggunakan fungsi “sold listing” untuk mencari barang apa yang boleh dijual.

Contoh digunakan dengan menggunakan keyword “egg” dan salah satu hasilnya adalah seperti dibawah.

Sudah ada 3 jualan untuk Kinder Joy ini. Anda boleh buat market research mengikut keyword yang lain dan boleh lihat hasilnya.

Ada macam benda yang boleh anda jual di ebay dan tak semestinya barang itu anda harus dapatkan stoknya dari China. Pilih lah barang yang mudah dapat dari kedai berhampiran rumah anda ataupun Shopee.

Langkah Keempat

Anda boleh listkan barang yang ada potensi untuk laku di ebay. Sekiranya barang yang berpotensi untuk laku sudah ada di rumah anda, tiada modal lagi yang perlu dikeluarkan.

Letakkan gambar yang sesuai dengan produk yang anda jual supaya dapat menarik minat pembeli.

Langkah Kelima

Sekiranya barang anda sudah terjual anda boleh menghantar barang ini menggunakan khidmat Flexipack International dari Pos Malaysia. Pastikan anda sudah menerima emel dari PayPal sebelum menghantar barang.

Bungkus barang anda dengan kemas dan rapi supaya barang yang dihantar tidak rosak.

Kesimpulan

So sebagai kesimpulan, apa yang saya nak kongsikan untuk anda jika masih belum pernah buat jualan kat ebay lagi, bermulalah dari sekarang.

Sebab kos nak buka akaun ebay adalah sangat-sangat rendah tapi customer yang anda bakal dapat adalah seluruh dunia.

Tak rugi untuk anda spend masa sikit sehari 2-3 jam untuk belajar proses buat jualan di ebay. Apa yang penting adalah dah ada ilmu cepat-cepat take action.

Lepas baca artikel ni buatlah dulu apa yang anda mampu. Yang penting ada progress.

Percayalah cakap saya, bisnes di internet ni, bahagian yang paling susah adalah nak dapatkan trafik buyer, ramai newbie yang gagal sebab tak pandai tarik trafik untuk buat jualan, tapi di ebay masalah utama yang dihadapi oleh newbie ni ebay dah bantu selesaikan.

Waktu mula-mula anda berniaga memang takkan nampak sangat profitnya.. sebab akaun ebay anda belum cukup matang, akaun ebay anda belum cukup kuat untuk bagi anda duit yang banyak

Anda perlu ada mindset yang betul, ni bukan skim cepat kaya, hari ni masuk buat pelaburan, esok lusa dah nak dapat untung.

Kalau anda tanam pokok sawit, setahun dua baru dapat raih income nya. Modal nak tanam pokok sawit pun berapa kosnya? Boleh ke tanam tepi rumah or dalam pasu?

Tak boleh kan? At least kena beli tanah seekar dua, lepas tu kena beli benih sawit, kasi baja, upah orang jaga, sampailah pokok tu membesar dan boleh kutip hasil. kos nak beli tanah seekar je dah telan kos RM50 ribu- RM100 ribu.

Belum lagi kos-kos yang lain..

Berbanding dengan bisnes ebay ni, modal anda cuma buka akaun ebay kena cas RM3 untuk update automatic seller fees, dan cas kedua adalah nak verify paypal RM10. Total kos adalah RM13 sahaja.

Modal selebihnya adalah modal ilmu dan juga modal nak beli barang untuk jual kat ebay.

Saya sangat recommend jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.

Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Boleh klik di sini untuk download Panduan Ebay >>

Semoga bermanfaat!

Klik Butang dibawah untuk share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram